My Music

2/17/2010

KiTa BeruruSan Dengan "ManuSia"...


Semalam sedang seronok melayari facebook, mieda ternampak satu link dari salah seorang friend list mieda, mengenai artikal ini.Artikal ini dipetik dari sebuah blog yang bagi mieda sangat bagus untuk di baca.Hati ini amat tertarik dengan tajuk artikal ini, kenapa???mengapa??? kerana apabila mieda membaca artikal ini terdetik di hati " Ya Allah aku pernah melalui saat2 ini".........................
Dalam setiap kali kita menghulurkan salam ukhwah tekadkan lah dalam diri kita bahawa dengan sesiapapun kita mejalinkan ikatan ukhwah itu terimalah dengan hati terbuka,terimalah baik buruk seseorang itu, jika didalam dirinya terpancar kebaikkan kita belajar kita belajar darinya,jika dalam dirinya terselit keburukkan, jangan!!!!! jangan sesekali mencaci atau menghinannya...bimbinglah dia kerana Kita berurusan dengan manusia dan kita juga manusia yang tidak sempurna semoga dengan cara itu kita dapat muhasabah diri.
Selamat membaca artikal ini ^_^.....


...................................................................................................................................
PenuLis: Hilal Asyraf
                            : http://ms.langitilahi.com
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya.
Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan kepada kita. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan malaikat.
Semenjak saya hidup, saya tidak pernah lagi bertemu manusia seperti malaikat. Saya ada jumpa ramai orang baik dalam kehidupan saya. Tetapi, sebaik-baik mana pun manusia saya jumpa, pasti ada kekurangannya.
Ya, jika saya mahu, saya boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.
Tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya.
Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.
Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.
Tetapi akal kita sukar untuk rasional.
Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan robot
Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.
Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.
Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.
Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.
Sebab kita berhubungan dengan manusia.
Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?
Tiada.
Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan
Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.
Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.
Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.
Hari ini, kita berusaha memahaminya.
InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.
Penutup: Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.
Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.
Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.
Jangan.
Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?
Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?
Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.
Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.
Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?
Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.
Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

2/16/2010

Nak TahU TentanG KeKasiH SaYA TAk??????




Penyayang SiFatnya...
Betul ni!!!!!!
Tak Tipu Punya!!!!
Masa Saya Susah mintak tolong saja dekat DIA..
sure akan datang bantuan..
bila saya susah hati..boleh terus mengadu dekat DIA direct!!!
yang bestnya tu...
bila saya mengadu dekat DIA...
terasa peace je..^_^
For sure lah...
Kekasihkan...hehehe

ish!!!!
beruntung betul dapat keksaih macam ni..
Tak pernah nak sakitkan hati saya...^_^
bila-bila masa je saya boleh contac DIA...
yang seronok tu saya rasa dia betul2 rasa DIA dekat hati ni!!!!!!!
Ye la, cinta punya pasal kan? ^_^....
DIA tak kesah pun pun kalau saya tak ingat dekat DIA...
tapi rugilah saya...kalau saya ingat dekat DIA macam2 saya dapat...
material ke....spritual ke...
memang kekasih sejati!!!!!!!

Kekasih saya ni baik sangat-sangat..Perfect!!!!!!!!!
 tu yang kadang2 saya area tengah2 malam...area pukul 3-4 pagi tu pun...
kalau saya terjaga...
saya surelah contac DIA...RIndulah!!!!!!!!!!!

Bila saya rindu dekat DIA...
baca je surat-surat yang DIA bagi...
macam-macam nasihat ada dalam tu...
siap example lagi nak bagi saya paham...
dari surat tu saya tahu apa yang dia suka....
so that DIA tambah-tambah sayang dekat saya la kan???
saya memang jeles denagn DIA sebab ramai yang cintakan DIA...
so...saya kenalah usaha betul2..
macam kata orang putih....
What u give u get back...
so kalau saya usaha lebih saya mesti dapat lebihkan??


DIA suruh saya belajar bersungguh-sungguh...
kalau boleh belajar semua ilmu...
sebab....
KEKASIH saya ni....memang cerdik + bijak + genius etc....
DIA kata tanpa ilmu..setiap amal yang saya buat semua sia-sia...
DIA...pun tambah-tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar...

malu la sebenarnya nak cakap ni...
ermmmm...
saya sebenarnya....belum pernah jumpa DIA lagipun...
Belum bersedia la...
tapi KEKASIH saya ni dah janji...
suatu hari nanti mesti jumpa...
sekarang ni menghitung hari lah saya ni...
Tapi kecut perot gak!!!!
takut!!!!!
oleh itu...mesti prepare awal-awal...
takpelah bekorban sekarang....
sebab DIA dah janji sapa-sapa yang DIA sayang...
DIA bagi hadiah special yang saya tak pernah fikirkan pun!!!!!...
Rindu sangat dah ni!!!!!!!...
Kekasih ku aku berjanji,Aku akan pertahan kan Cinta Suci ini...








Walau nyawa digalang gantikan...
Menggadaikan Cinta Teragung Ini...
Tidak sama Sekali...
Walaupun tidak pernah Berjumpa...


Aku tetap Bahagia Kekasih ku....
ALLAH S.W.T...CINTA TERAGUNG...amin...

*pesanan ini buat diriku yang lupa*



Aku DaN KenAngaN ItU....




Kenangan itu..cukup indah..
kita akan tersenyum...
bila kenangan itu..
bagai melayang2 di fikiran kita...
kenangan yang manis...
biarpun di sulami pahit..
tetapi ianya tetap indah...
...............................................................................................

pada 11 feb 2010..yang lalu..
Jhev bahagian pencen telah mengadakan metting bulanan..
that was my first metting..huhu
sangat boring macam ape je..
hehehe...x besh macam metting syok sendiri je...
bosan sgt!!!!

tapi huhu hasil kebosanan tu hehehe sile lihat gambar
di bawah ye..tu lah hasilnya kalau terlebih kreatif kan...
bakat terpendam tu...
ngeh2..





setelah dua jam metting yang rasanya
depa2 yang atas2 je yang bercakap dan beri pendapat.....
akhirnye abis!!!!!!!!!
waaaa sewonok2 heheh (jangan tiru sy..heheheh)
ade pulak acara sambutan hari lahir untuk bulan 'Januari dan febuari"
wah!!!!!!
mieda kan lahir bulan 1 kan2???
hehehehehe...
x mo over confidence
hehehehe...tunggu je kot2 le ade name mieda kan..
dalam senarai yang dapat hadiah birthday tuh...
weeeeeeeee!!!!!!
ade la!!!!!!!!
malu!!!!!!!
*Blushing*!!!!!!!!!!!!!
^_^





ok..abis citer tuh..heheheh
so pada hari yang sama...
seperti perancangan...unit kami (perubatan)
kami nak buat majlis perpisahan farid yang skrg nih dah selamat pun sampai kat..
Kota Kinabalu -Sabah.....
ngeh entah2 tgh kene buli hehehehu
hari tu kena balik lambat sebab majlis bermula pukul 5.30 ptg
lambat nye...
hehehehe ingatkan farid sorang je la yang tertipu...
adeh mieda pun tertipu...
ok..dekat farid diaorang cakap..
nak celebrate birthday mieda...
dekat mieda nk celebrate farid huhuhu...
kami sama-sama tertipu!!!!!!!





ape2 pun terima kasih la ye...kepada semua hehehe
oooo btw hari tu sangat kenyang hehehe....
Alhamdulillah...





p/s: farid sure tersenyum gumbira kan dapat hadiah dari kak dilla dan mieda
.....^_^.....
........................................................................
kenangan itu...
akan dikenang...
disimpan di ruang hati yang dalam...
sebagai kenangan indah..
yang pernah hadir dalam kehidupan kita...





2/10/2010

Di SeBAlik WajAh iTU....

Di sebalik wajah itu...
kita selalu nampak orang di sekeliling kita..
ketawa...kadang2 ketawa seolah2 dia begitu gembira...
tapi pernah tak kita terfikir??
itu semua palsu...
di sebalik wajah itu mungkin dia menyimpan seribu episod duka...
terpaksa tersenyum ceria...
untuk menutup kesedihannya...
untuk menyembunyikan semua cerita dukanya...
kerana tidak sanggup melihat..
orang disekelilingnya yang gembira..
 turut merasai seribu duka yang dipendamnya...

Hebatnya mereka kerana bisa mnyembunyikan kesedihan itu...
demi melihat orang lain gembira...
walaupun terpaksa berpura-pura...
Ya Allah tabahkan lah hati mereka YA Allah...amin


2/09/2010

Gaji Pertama sy ^_^

Alhamdulillah hehehe hari ini mieda dapat gaji pertama kepada mieda...syukur kepada Mu Ya Allah ^_^..
first time kerja dan dapat gaji hasil dari titik peluh sendiri dan keseronokkannya terasa sangat hehehehe...gaji pertama apa yang anda semua buat dengan gaji pertama??? soalan fav yang orang akan tanya..bagi mieda gaji pertama mieda ni hehehe nak simpan skit untuk buat sambung study nanti...bayar hutang hahahaah Hutang??? ye la Hutang PTPTN tu nanti dapat surat chenta pulak hehehe...(pandai pimjam pandai la bayar kan) ^_^ lepas tu nak buat ape lagi ye??? ermmm simpan je la kalau dah tak de bende nak buat kan hehehehe wait n see aaa huhuhu...ape2pun anada semua buat dengan gaji pertama anda hehehe jangan lupe untuk menyimpan untuk masa hadapan anda...erkkk hujan la pulak kilat sabung menyabung heheheh nak suruh mieda off lappy kesanyangan mieda la ni kan...okeh2 bye!!!!!!!! 

2/08/2010

MenGGapai KeBaHagian


Suatu ketika, di tepian telaga kelihatan seorang pemuda sedang di duduk termenung.Tatapan matanya kosong,menatap hamparan air di depannya.seluruh peluru mata angin telah di laluinya,namun tidak satu titik pun yang membuatnya puas.Kekosongan makin senyap sampai ada suara yang menyapanya...


"Buat apa kau disini wahai anak muda?" tanya seseorang.
Rupanya ada seorang lelaki tua...
"Apa yang kau risau kan wahai anak muda?"
Anak muda itu menoleh ke arah lelaki tua itu....." aku lelah Pak Tua,telah berbatu2 jarak yang ku tempuh untuk mencari kebahagian naum tidak juga ku temukan rasa itu dalam diriku.
Aku telah berlari melalui gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagian yang hadir dalam diriku.
Kemanakah harus aku mencarinya???
Bilakah akan ku temukan rasa itu???

Lelaki tua itu duduk semakin dekat,mendengarkan dgn pnh perhatian.
Lelaki tua itu memandang wajah anak muda yang sugul itu...
Lalu lelaki tua itu berkata...
" di depan sana ada sebuah taman. jika kamu ingin kan jawapan dari pertanyaan mu, tangkaplah seekor kupu-kupu buatku"...kata lelaki tua itu...
Mereka berpandangan " ya tangkaplah seekor kupu-kupu buatku dengan tanganmu"
Pak tua mengulangi percakapannya....



Pemuda itu bangkit...
Langkahnya menuju satu arah...ke Taman
Tidak berapa lama, ditemuinya taman itu
Taman yang dipenuhi dengan pohon2 dan bunga-bungaan yang sedang mekar.
Maka tidak hairanlah, banyak kupu-kupu yang beterbangan di taman itu...
Dari kejauhan pak tua melihat...
memerhatikan perbuatan anak muda itu...kelihatan anak muda itu sedang resah gelisah.
anak muda itu mualai bergerak..
dengan terhendap-hendap..dan menuju kesasarannya..
perlahan.....
namun..hap!!!!!
sasaran itu itu tidak mengena.
dikejarnya kupu-kupu yang lain...
anak muda itu tidak mahu kehilangan buruannya...
namun anak muda itu gagal lagi..
dia mula berlari kesana sini...
dirempuhnya pohon2 dan bunga2 untuk mendapatkan kupu-kupu itu...

Diterobosnya semak samun disana-sini...
gerakannya semakin liar...
Adegan itu terus-terusan dilihat oleh lelaki tua itu..
Namun belum satu pun kupu-kupu yang dapat ditangkap oleh anak muda itu..
anak muda itu mulai penat...

Sehingga akhirnya ada teriakan..
"hentikanlah dulu wahai anak muda..istirehatlah"
Lelaki tua itu berjalan menuju ke arah anak muda itu
Ada sekumpulan kupu-kupu yang beterbangan di sisi kanan dan kiri lelaki tua itu
Kupu-kupu itu beterbangan di sekeliling lelaki tua itu
sesekali hinggap di tubuh lelaki tua itu


lelaki tua itu berkata...
" begitukah caramu mengejar kebahagiaan??"
berlari dan menerjah,merempoh-rempoh tidak tentu arah
menerebos tanpa peduli apa yang kau rosakan???"
lelaki tua itu menatap wajah anak muda itu

"wahai anak muda mencari kebahagiaan itu umpama menangkap kupu-kupu,
semakin engkau kejar, semakin ianya menghindar,semakin engkau buru, semakin jauh pula ianya pergi dari mu"
"Namun tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu...
Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam,
atau sesuatu yang dapat kau simpan...
Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu...
susurilah rasa itu dalam hatimu..
ia tidak akan lari kemana-mana...
Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri"...



lelaki tua itu mengangkat tangannya...
Tiba-tiba seekor kupu-kupu hinggap di hujung jarinya..
terlihat kepak-kepak sayap kupu-kupu itu...
memancarkan keindahan ciptaan Tuhan...
Pesonanya begitu mengagumkan..
kelopak sayap yang mengalun perlahan-lahan..
layaknya kebahagiaan yang hadir dalam hati..
warnanya begitu indah..
seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu...
Menyelaminya..



Mencari kebahagiaan adalah layaknya menagkap kupu-kupu..
sulit bagi mereka yang terlalu "bernafsu"...
namun mudah..bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari..
kita mungkin dapat mencarinya dengan merjah kesana-sini, merempoh kesan-sini..
atau menceroboh kesana-sini untuk mendapatkannya....
kita dapat saja mengejarnya dengan berlari kencang..
ke seluruh penjuru arah...
kita pun dapat meraihnya dengan bernafsu..
seperti menangkap buruan yang dapat kita sentap setelah mendapatkannya...

Namun kita belajar..
kita belajar bahawa kebahagiaan tidak boleh di perolehi dengan cara-cara seperti itu
Kita belajar bahawa bahagia bukan lah sesuatu yang dapat di genggam atau benda yang boleh disimpan
Bahagia adalah udara...
dan bahagia adalah aroma dari udara itu..
Kita belajar memang bahagia itu ada dalam hati..
semakin kita mengejarnya...semakin pula bahagia itu akan pergi dari kita...


Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu...
Biarkanlah rasa itu menetap..dan abadi dalam hati kita...
Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan..
dalam bekerja...
dalam belajar...
dalam menjalani hidup kita...
dalam sedih,dalam sunyi,dalam riuh...
temukanlah bahagia itu dengan perlahan....
dalam tenang..
dalam ketulusan hati kita...

Bagi mieda bahagia itu ada dimana-mana,rasa bahagia itu ada disekitar kita..bahkan mungkin bahagia itu "hinggap " di hati kita..namun kita tidak pernah memperdulikannya..munkin juga bahagia itu beterbangan di sekeliling kita...namun kita terlalu acuh untuk memperdulikannya...moga bahagia itu milik kita semua..
moga bahagia itu milikku  Ya Allah...^_^





2/03/2010

CeriTaKu PerJalAnanKu.....

Dah lama tinggalkan blog ni tanpa sebarang kabar berita...sebab kepenatan yg teramat *mcm la keje pe je kan* dengan x de idea tapi hehehe sebenarnye "kemalasan" yang melebihi segalanya....rindu nk mencoret rasa hati,bercerita ceritaku,ya ceritaku perjalananku....hari ini 3 feb 2010..oooo cepatnya masa berlalu... 2010 telah pun melangkah ke bulan febuari sekejap je masa berlalu...benarlah kata pepatah masa x pernah menuggu kite sbb tulah masa tu beharga bak emas mungkin lebih berharga dr emas...terpulanglah bagi kita nk mentafsirnya bagaimana...^-^...febuari memulakan langkahnya yg baru bagi tahun 2010 ini manakala januari yang indah telah pergi meninggalkan..x akan pernh ku lupakan januari kerana pada 27 januari yg lepas mieda tlh genap 22 thn!!!!!!!!!! sweet 22nd to my self heheeheh....januari bnyk kwn2 yg lahir pada bulan januari...my beloved bestfriend nadhirah..love u nad..syafiqkah hedzir owhh i really miss u!!!! where are u my dear??? amer,faizal,and u also my dear syafiqah nadiah ^_^ sweet 22nd friend hope we can be a good insan of Allah...amin...dalam melangkah ke usia 22 tahun mieda berharap mieda dapat menyempurnakan ape yg x sempurna melengkapkan diri dlm segala hal yg perlu di lengkapkan *kawen* hahaaha ya why not kan hahaah....insyaAllah...banyak lagi benda yg perlu dilakukan...moga satu kehidupan yang baru dapat dijalankan ya kehidupan baru kehidupan yang penuh dengan kerahmatan dr Allah..kehidupan yang mengembirakan semua orang tanpa ada secebis luka pun..mampukah aku??? Ya Allah bantulah hambamu ini...aku mahu mereka gembira, gembira menerima aku seadanya...dalam hidupku x ingin rasa nya aku melukakan mereka ya mereka2 yang ........
ku sayang...T_T dalam usia yg melangakh 22 ini aku berharap agar diriku lebih matang dalam kehidupan bijak memilih baik buruk sesuatu perkara yang ingin dilakuakan....Ya Allah bimbing lah hambamu ini...amin...to all my friend's thanks so much for all da wish...^_^ dan kepada present2 tu heheh i like thanks so much!!!!!!!!......dan x terhingga wat kak dayah,kak ummu thanks sudi celebrate birthday pika n  mieda...n pika sweet 22nd my dear so happy to share da same month with u!!!!!! wish u da best of luck dear..!!!!!
dan dengan kasih sayang yang x terhingga buat mak ayah yg telah membesar kan diri ini..terima kasih i want to make both of u proud with me!!!!!!!!! that's my promise!!!!!!!!....to my lovely sister along thanks always make me want to cekik2 along hahahaa...thanks awlays with me...and angah heeheeh selalu blnje adik kan heheh lanje lagi ye...huhuhu...buat mama n papa terima kasih banyak2 sudi dtg dr jauh just 4 my birthday...thanks so much ( rindu arwah adik)....dan yg paling istimewa buat wan tersayang...forgive me T_T i love u!!!!!!....semoga impian mida tercapai dan mieda dapat gembirakan semua org amin Ya Rabb...^_^