My Music

2/17/2010

KiTa BeruruSan Dengan "ManuSia"...


Semalam sedang seronok melayari facebook, mieda ternampak satu link dari salah seorang friend list mieda, mengenai artikal ini.Artikal ini dipetik dari sebuah blog yang bagi mieda sangat bagus untuk di baca.Hati ini amat tertarik dengan tajuk artikal ini, kenapa???mengapa??? kerana apabila mieda membaca artikal ini terdetik di hati " Ya Allah aku pernah melalui saat2 ini".........................
Dalam setiap kali kita menghulurkan salam ukhwah tekadkan lah dalam diri kita bahawa dengan sesiapapun kita mejalinkan ikatan ukhwah itu terimalah dengan hati terbuka,terimalah baik buruk seseorang itu, jika didalam dirinya terpancar kebaikkan kita belajar kita belajar darinya,jika dalam dirinya terselit keburukkan, jangan!!!!! jangan sesekali mencaci atau menghinannya...bimbinglah dia kerana Kita berurusan dengan manusia dan kita juga manusia yang tidak sempurna semoga dengan cara itu kita dapat muhasabah diri.
Selamat membaca artikal ini ^_^.....


...................................................................................................................................
PenuLis: Hilal Asyraf
                            : http://ms.langitilahi.com
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya.
Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan kepada kita. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan malaikat.
Semenjak saya hidup, saya tidak pernah lagi bertemu manusia seperti malaikat. Saya ada jumpa ramai orang baik dalam kehidupan saya. Tetapi, sebaik-baik mana pun manusia saya jumpa, pasti ada kekurangannya.
Ya, jika saya mahu, saya boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.
Tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya.
Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.
Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.
Tetapi akal kita sukar untuk rasional.
Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan robot
Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.
Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.
Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.
Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.
Sebab kita berhubungan dengan manusia.
Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?
Tiada.
Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan
Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.
Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.
Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.
Hari ini, kita berusaha memahaminya.
InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.
Penutup: Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.
Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.
Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.
Jangan.
Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?
Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?
Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.
Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.
Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?
Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.
Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

2/16/2010

Nak TahU TentanG KeKasiH SaYA TAk??????




Penyayang SiFatnya...
Betul ni!!!!!!
Tak Tipu Punya!!!!
Masa Saya Susah mintak tolong saja dekat DIA..
sure akan datang bantuan..
bila saya susah hati..boleh terus mengadu dekat DIA direct!!!
yang bestnya tu...
bila saya mengadu dekat DIA...
terasa peace je..^_^
For sure lah...
Kekasihkan...hehehe

ish!!!!
beruntung betul dapat keksaih macam ni..
Tak pernah nak sakitkan hati saya...^_^
bila-bila masa je saya boleh contac DIA...
yang seronok tu saya rasa dia betul2 rasa DIA dekat hati ni!!!!!!!
Ye la, cinta punya pasal kan? ^_^....
DIA tak kesah pun pun kalau saya tak ingat dekat DIA...
tapi rugilah saya...kalau saya ingat dekat DIA macam2 saya dapat...
material ke....spritual ke...
memang kekasih sejati!!!!!!!

Kekasih saya ni baik sangat-sangat..Perfect!!!!!!!!!
 tu yang kadang2 saya area tengah2 malam...area pukul 3-4 pagi tu pun...
kalau saya terjaga...
saya surelah contac DIA...RIndulah!!!!!!!!!!!

Bila saya rindu dekat DIA...
baca je surat-surat yang DIA bagi...
macam-macam nasihat ada dalam tu...
siap example lagi nak bagi saya paham...
dari surat tu saya tahu apa yang dia suka....
so that DIA tambah-tambah sayang dekat saya la kan???
saya memang jeles denagn DIA sebab ramai yang cintakan DIA...
so...saya kenalah usaha betul2..
macam kata orang putih....
What u give u get back...
so kalau saya usaha lebih saya mesti dapat lebihkan??


DIA suruh saya belajar bersungguh-sungguh...
kalau boleh belajar semua ilmu...
sebab....
KEKASIH saya ni....memang cerdik + bijak + genius etc....
DIA kata tanpa ilmu..setiap amal yang saya buat semua sia-sia...
DIA...pun tambah-tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar...

malu la sebenarnya nak cakap ni...
ermmmm...
saya sebenarnya....belum pernah jumpa DIA lagipun...
Belum bersedia la...
tapi KEKASIH saya ni dah janji...
suatu hari nanti mesti jumpa...
sekarang ni menghitung hari lah saya ni...
Tapi kecut perot gak!!!!
takut!!!!!
oleh itu...mesti prepare awal-awal...
takpelah bekorban sekarang....
sebab DIA dah janji sapa-sapa yang DIA sayang...
DIA bagi hadiah special yang saya tak pernah fikirkan pun!!!!!...
Rindu sangat dah ni!!!!!!!...
Kekasih ku aku berjanji,Aku akan pertahan kan Cinta Suci ini...








Walau nyawa digalang gantikan...
Menggadaikan Cinta Teragung Ini...
Tidak sama Sekali...
Walaupun tidak pernah Berjumpa...


Aku tetap Bahagia Kekasih ku....
ALLAH S.W.T...CINTA TERAGUNG...amin...

*pesanan ini buat diriku yang lupa*



Aku DaN KenAngaN ItU....




Kenangan itu..cukup indah..
kita akan tersenyum...
bila kenangan itu..
bagai melayang2 di fikiran kita...
kenangan yang manis...
biarpun di sulami pahit..
tetapi ianya tetap indah...
...............................................................................................

pada 11 feb 2010..yang lalu..
Jhev bahagian pencen telah mengadakan metting bulanan..
that was my first metting..huhu
sangat boring macam ape je..
hehehe...x besh macam metting syok sendiri je...
bosan sgt!!!!

tapi huhu hasil kebosanan tu hehehe sile lihat gambar
di bawah ye..tu lah hasilnya kalau terlebih kreatif kan...
bakat terpendam tu...
ngeh2..





setelah dua jam metting yang rasanya
depa2 yang atas2 je yang bercakap dan beri pendapat.....
akhirnye abis!!!!!!!!!
waaaa sewonok2 heheh (jangan tiru sy..heheheh)
ade pulak acara sambutan hari lahir untuk bulan 'Januari dan febuari"
wah!!!!!!
mieda kan lahir bulan 1 kan2???
hehehehehe...
x mo over confidence
hehehehe...tunggu je kot2 le ade name mieda kan..
dalam senarai yang dapat hadiah birthday tuh...
weeeeeeeee!!!!!!
ade la!!!!!!!!
malu!!!!!!!
*Blushing*!!!!!!!!!!!!!
^_^





ok..abis citer tuh..heheheh
so pada hari yang sama...
seperti perancangan...unit kami (perubatan)
kami nak buat majlis perpisahan farid yang skrg nih dah selamat pun sampai kat..
Kota Kinabalu -Sabah.....
ngeh entah2 tgh kene buli hehehehu
hari tu kena balik lambat sebab majlis bermula pukul 5.30 ptg
lambat nye...
hehehehe ingatkan farid sorang je la yang tertipu...
adeh mieda pun tertipu...
ok..dekat farid diaorang cakap..
nak celebrate birthday mieda...
dekat mieda nk celebrate farid huhuhu...
kami sama-sama tertipu!!!!!!!





ape2 pun terima kasih la ye...kepada semua hehehe
oooo btw hari tu sangat kenyang hehehe....
Alhamdulillah...





p/s: farid sure tersenyum gumbira kan dapat hadiah dari kak dilla dan mieda
.....^_^.....
........................................................................
kenangan itu...
akan dikenang...
disimpan di ruang hati yang dalam...
sebagai kenangan indah..
yang pernah hadir dalam kehidupan kita...





2/10/2010

Di SeBAlik WajAh iTU....

Di sebalik wajah itu...
kita selalu nampak orang di sekeliling kita..
ketawa...kadang2 ketawa seolah2 dia begitu gembira...
tapi pernah tak kita terfikir??
itu semua palsu...
di sebalik wajah itu mungkin dia menyimpan seribu episod duka...
terpaksa tersenyum ceria...
untuk menutup kesedihannya...
untuk menyembunyikan semua cerita dukanya...
kerana tidak sanggup melihat..
orang disekelilingnya yang gembira..
 turut merasai seribu duka yang dipendamnya...

Hebatnya mereka kerana bisa mnyembunyikan kesedihan itu...
demi melihat orang lain gembira...
walaupun terpaksa berpura-pura...
Ya Allah tabahkan lah hati mereka YA Allah...amin


2/09/2010

Gaji Pertama sy ^_^

Alhamdulillah hehehe hari ini mieda dapat gaji pertama kepada mieda...syukur kepada Mu Ya Allah ^_^..
first time kerja dan dapat gaji hasil dari titik peluh sendiri dan keseronokkannya terasa sangat hehehehe...gaji pertama apa yang anda semua buat dengan gaji pertama??? soalan fav yang orang akan tanya..bagi mieda gaji pertama mieda ni hehehe nak simpan skit untuk buat sambung study nanti...bayar hutang hahahaah Hutang??? ye la Hutang PTPTN tu nanti dapat surat chenta pulak hehehe...(pandai pimjam pandai la bayar kan) ^_^ lepas tu nak buat ape lagi ye??? ermmm simpan je la kalau dah tak de bende nak buat kan hehehehe wait n see aaa huhuhu...ape2pun anada semua buat dengan gaji pertama anda hehehe jangan lupe untuk menyimpan untuk masa hadapan anda...erkkk hujan la pulak kilat sabung menyabung heheheh nak suruh mieda off lappy kesanyangan mieda la ni kan...okeh2 bye!!!!!!!!