My Music

2/28/2010

HappY BirthDay IlHan Bt MuTHaNNa....






iLhaN bermaksud Cerdik dan Memahami
begitu indah nama yang dipilih oleh ummi (merupakan kakak sulong mieda) dan abi iLhan untuk iLhan
ilhan di lahirkan pada 27.febuari.2009
pada lewat pengakhiran 27 febuari 2009
Penantian kelahiran ilhan sungguh menduga kesabaran
melepasi tarikh due yang sebenar yang mengjangkau hampir 2 minggu
ternyata cukup indah tatkala menatap wajah suci ilhan....
kehadirannya cukup membawa sinar buat ami sekeluarga lebih-lebih lagi
buat keluarga along mieda....^_^





InsyIrah exited sungguh dapat adik
ye ke kakak??
mula2 memang insyi pelik tapi lama dia mula rase seronok
ade kawan bermain kan ^_^
Ilhan mempunyai satu keistimewaan hehehehe
she very2 love to smile!!!!!!!!!!!
so cute*like me* ngeh3 heheheehe



Dari Mula belajar meniarap...
pergi ke merangkak...
bergerak kepada duduk...
mula bertatih2 untuk berdiri...
kadang2 jatuh...
tidak mengapa itu lah pelajaran hidup...
mula bertatih untuk berjalan...
setapak dua tapak...
kini luas perjalanan mu...
moga langkah itu terus melangkah...
tanpa henti...
tapi biarlah langkah itu...
menuju jalan yang lurus...
jalan yang diredhoi Allah...





semoga sempena ulang tahun pertama kelahiran ilhan
ilhan akan menjadi anak yang solehah....
membesar dengan baik sebagai seorang muslimah...
insyaAllah...da sentiasa doakan...
amin...^_^



2/27/2010

SaLAm MauliDuR RaSuL......


Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata Yang Dapat aku Ucapkan
HanYa Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Umati Kutahu BimbangnYa Kau Tentang Kami
SYafaatkan Kami
Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah SYafaatmu

Mesti dikalangan kita pernah mendengar lagu ini kan??? nyanyian kumpulan raihan yang bertajuk 
"Ya Rasulullah",indah sungguh bait2 lagu ini kalau kita hayati dengan penuh mendalam.Sempena menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal 1431 hijrah bersamman 26 febuari 2010.Semoga kita sama-sama menghayati perjuangan  Nabi Muahmmad Rasulullah S.A.W.Kita Amalkan sunnah nya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”




HaRi KanTIn SkPt2....KamI PuLAnG




Assalamualaikum!!!!!!!
ish2 berhabuk....
sapu2 skit uhuk2!!!!
wah banyaknye la habuk hehehehe
Alhamdulillah akhirnye mieda ada kesempatan nak up date blog
toing2!!!! maklumlah busynye mengalah kan "ObaMa" kan kui2

entry kali nin macam mengimbau zaman kanak-kanak
hehehehehe
kenape???
sebab setelah sekian lame tak menjejakkan kaki 
ke "Sekolah Padang Tembak 2" 
waaaaaaaaaaaaaaaaa
kami pulang...........................
akhirnya....^_^


Walaupun sampai hehehe sangat lah lewatkan
orang dah habis pun!!!!!!
baru kami sampai
maaf ye cikgu2 semua mieda ngan dayah lmbat sampai
mieda dengan dayah je ke???
aaaa mieda dengan dayah je...
yang lain kirim salam ayak liur je hehehe(jangan marah)
tak2 pe2 kami wakil anda-anda semua ya....

tapi dah tak ramai cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami
yang masih ada di sekolah tu...
cikgu-cikgu yang kami dapat jumpa
tengak lah dalam gamba~~~~~~ngeeee malas kan2 hehehe








Bersama cikgu yusof,ustaz zurazni,cikgu azmi










Saat kami melangkah ke dalam pekarangan sekolah........
syahdunya.....
banyak yang da berubah....
*owww semakin jauh zaman itu meninggalkan kami*
banyak sangat2 dah berubah 
rase macam sekolah tu makin sempit hehehehe
sebab banyak sangat penambahan disana-sini...

tapi ape yang pasti biar berubah bagaimana sekalipun...
kami tidak pernah lupa setiap kenangan yang pernah kami lalui....
setiap kali kami melalui jalan-jalan kenangan itu...
terasa kami sedang berada pada saat itu....
miss all da memory!!!!!!!!!!!

lalu sana teringat tu...
lalu sini teringat tu hehehe
tapi sayang tak boleh naik atas sebab tidak dibenarkan....
kalau tak boleh snap pic dekat kelas dulu2...
tempat kami menuntut ilmu...
tempat bermain....
semua lah.....




Tangga ni....
mesti smua tak akan lupa dengan tangga ni kan???
tangga yang bnyak meninggalkan kenangan...
kenangan terakhir....
kenangan masa tahun-tahun akhir kita semua di skpt2....



SemoGA kamI tidak akan pernah melupakan Segala kenanGan....
di SkPT2....
Tempat jatUh lagi diKenang...
iNi kan Pula Tempat menUntut Ilmu...
YanG MenJadI BeKalan Kita seHinGGa Hai INi....
JuGa AKan dibawA seHinGGa Akhir Hayat...
InsyaAllah...amin..~~~~~


P/S: Mari Beramai-ramai memriaH Kan Hari Sukan Skpt2 13/Mac/2010






2/18/2010

KiTa JuGa PunYa KelUarGa...


Satu cerita:

Pekerja A : encik kenea phostostat dulu ic en dan isteri en ni...

Pelanggan : ooo macam tu dimana ada photostat ye???

Pekerja A : di bawah en kene turun balik...

Pelanggan : jauh ke puan??? dekat sini x de ke?? ( maksudnye dlm office ni x de ke)

Pekerja A : tak de la en...en kena photostat sendiri.

...........................................................................................................................................

* datang pekerja B...

Pekerja B : eh kak bukan selalu kita akan photostatkan ke untuk pelanggan kalau mereka dtg tanpa     
                  photostat??
Pekerja A : saje je aku nak suruh dia photostat sendiri...padan muke!!!! * sambil ketawa tanpa sedikit pun 
                  rasa bersalah...
..............................................................................................................................................


Mesti anda tertanya-tanya (ade ke orang baca?? hehehehe) ape yang ingin mieda ceritakan. Ini lah kisah di sebuah tempat yang melibatkan pekerja dan pelanggan. Apakah perasaan anda jika anda mengalami situasi tersebut??? sedih?? geram?? sakit hati??? atau suka?? tidak kisah??, bagi mieda perasaan sedih dan simpati lebih menyelubungi diri ini dan juga rasa bersalah yang teramat. kerana apa??? kerana pertama sedih dengan sikap pekerja A yang tidak memikul " TANGGUNGJAWAB" dan " AMANAH" yang telah di berikan, dan dimanahkah janji lafaz ikrar pekerja yang sering di laung2 kan??? semua itu hanya palsu. 


Kedua: kerana cuba anda bayangkan pelanggan itu ahli keluarga kita??? cuba bayang kan?? mungkin pekerja A tidak pernah pikirkan perkara seperti itu,mungkin pekerja A tidak pernah terpikir bahawa Bumi itu bulat,bila-bila masa sahaja kita akan mendapat balasan dari Allah cash lagi tau!! kalau kat dunia akhirat sah2 tidak akan terlepas. Jika kita ingin bebrbuat sesuatu ingat lah akan  lah balasan Allah, ingat lah kita juga punya keluarga dan diri kita sendiri pun akan tetap juga melalui situasi ini, Fikir-fikir lah ^_^


2/17/2010

KiTa BeruruSan Dengan "ManuSia"...


Semalam sedang seronok melayari facebook, mieda ternampak satu link dari salah seorang friend list mieda, mengenai artikal ini.Artikal ini dipetik dari sebuah blog yang bagi mieda sangat bagus untuk di baca.Hati ini amat tertarik dengan tajuk artikal ini, kenapa???mengapa??? kerana apabila mieda membaca artikal ini terdetik di hati " Ya Allah aku pernah melalui saat2 ini".........................
Dalam setiap kali kita menghulurkan salam ukhwah tekadkan lah dalam diri kita bahawa dengan sesiapapun kita mejalinkan ikatan ukhwah itu terimalah dengan hati terbuka,terimalah baik buruk seseorang itu, jika didalam dirinya terpancar kebaikkan kita belajar kita belajar darinya,jika dalam dirinya terselit keburukkan, jangan!!!!! jangan sesekali mencaci atau menghinannya...bimbinglah dia kerana Kita berurusan dengan manusia dan kita juga manusia yang tidak sempurna semoga dengan cara itu kita dapat muhasabah diri.
Selamat membaca artikal ini ^_^.....


...................................................................................................................................
PenuLis: Hilal Asyraf
                            : http://ms.langitilahi.com
Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya.
Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan kepada kita. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.
Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”
Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.
Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan malaikat.
Semenjak saya hidup, saya tidak pernah lagi bertemu manusia seperti malaikat. Saya ada jumpa ramai orang baik dalam kehidupan saya. Tetapi, sebaik-baik mana pun manusia saya jumpa, pasti ada kekurangannya.
Ya, jika saya mahu, saya boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.
Tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya.
Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.
Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.
Tetapi akal kita sukar untuk rasional.
Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.
Manusia, bukan robot
Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.
Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.
Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.
Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.
Sebab kita berhubungan dengan manusia.
Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?
Tiada.
Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan
Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.
Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.
Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.
Hari ini, kita berusaha memahaminya.
InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.
Penutup: Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.
Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.
Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.
Jangan.
Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?
Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?
Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.
Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.
Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?
Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.
Sebab dia adalah manusia, seperti kita.