My Music

5/08/2010

Owh So Excited!!!!!!!!!!

Kenape saya sangat EXCITED??????? huhu memang la nampak macam ketinggalan zaman.Tapi Sekurang-kurangnya aha tak de lah nak jadi "Bodoh SomBoNg" tak tahu buat care tak tahu ye huhuhu...




Ini Yang Saya Maksud kan hehehehe


okeh-okeh kenape saya sangat excited?? sebab saya selama ni tertanya-tanya macam mane ye orang leh snap pic web page...gune camere ke??? ermmm pelik2 hahahaha...dan semalam saya telah mengambil keputusan untuk bertanya kawan saya cik WANI...CIk Wani sungguh tak kedekut ilmu ^_^ Thank Wani!!!!!! jasamu dikenang!!!!!!!! huhu..sekarang saya dah tahu nak wat macam mane....lalalalala.




yang ini setelah di edit



Thanks cik Wani toing2 hehehehe

Kasih Semerbak Firdausi...






Sempena sambutan Hari Ibu,Ya mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan : "alah kenapa nak wish hari ibu masa hari ibu je??? hari lain tak boleh ke???".Mungkin ada betul nya pendapat tu tapi Hari Ibu adalah hari yang lebih istemewa kerana mereka layak untuk mendapat hari yang istemewa.Kita Semua yang Lahir Keduania ini mesti mempunyai ibu,tidak kira lah mereka itu bukan ibu yang melahirkan sekali pun tetapi jika mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang,mendidik kita menjadi manusia yang sempurna mereka lah ibu yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat istemewa yang cukup indah.....


Entry ini saya tujukan khas buat insan-insan yang bergelar ibu dalam hidup saya,ya "Insan-insan" mereka lah ibu-ibu hebat yang hadir dalam hidup saya.Mengajar saya erti sebuah kehidupan, mereka lah guru-guru sekolah kehidupan saya.




mama dan mak

Selama Sembilan Bulan Saya Menumpang didalam perutnya,Dia membawa saya kemana sahaja tanpa sedikit pun rungutan,melahirkan saya bersama-sama seribu kesakitan yang ditanggung,tapi Dia insan istemewa yang sedikit pun tanpa rungutan melalui semua itu dengan tabah, dengan gembira.Dia lah ibu saya,insan istemewa yang melahirkan saya, Ya Allah saya bersyukur kerana menjadikan Dia sebagai ibu ku.Hari ini sudah 22 tahun Dia membesarkan saya (hahaha sebab sy belum kerje ) Terima kasih Mak sebab besar kan saya dengan penuh kasih sayang.Terima kasih sebab sabar dengan kedegilan saya ^_^.







Ini adalah nenek saya, saya memanggil nenek dengan nama panggilan wan.Sewaktu saya kecil mak tinggalkan saya dengan Wan, Bukan Kerana tidak sayang, bukan juga kerana hendak menyusahkan wan.Tapi itula permintaan Wan yang mahu menjaga sendiri cucu-cucu perempuannya.Saya rasa bersyukur dengan keaadan itu, kerana banyak yang saya belajar semasa tinggal dengan Wan. Wan menjaga saya dan kakak-kakak saya dengan baik sekali,memberi sepenuh kasih sayang umpama seorang ibu kandung.Terutama saya banyak yang saya lakukan mengguris hati Wan tapi Wan tak Pernah marah malah lebih menyanyangi saya, menghantar saya ke sekolah tadika dengan berjalan kaki setiap hari tanpa jemu,mengajar saya mengaji.Maaf kan ida ye Wan...Janji saya akan buat sentiasa gembira dihujung akhir hayat Wan.






Mama,dulu bila saya bercerita mesti ada yang pelik mana satu mak kandung saya.Mama atau Mak??? bagi saya merekalah ibu kandung saya.Mungkin sudah suratan Mama tidak mempunyai anak lalu kasih sayang Mama tumpah pada kami adik beradik.Memberikan kasih sayang sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan.Menjaga kami dengan seikhlas hati itu lah Mama.






Mungkin dia baru bergelar ibu,tapi dia adalah antara ibu hebat bagi saya.Dia membesar kan dua orang puterinya dengan penuh kasih sayang.Pernah mendidik saya ^_^ dia lah Ummi insyirah kakak saya yang sulong yang amat saya  sayang.Dia lah kawan saya kadang lawan saya, tapi dia lah antara insan yang bergelar ibu dalam hidup saya yang amat saya hargai.Memberikan saya pengalaman berharga sebagai seorang ibu (tolong jaga anak along) ^_^.Terima kasih along saya tak perbah rasa terbeban malah seronok kerana saya berpeluang untuk memiliki pengalaman berharga itu.



Sempena hari ibu ini saya ingin mengucapkan hari ibu buat insan-insan istemewa ini.Terima kasih kerana sudi hadir dalam kehidupan saya, memberikan saya pengalaman hidup yang cukup indah,yang ternyata tiada dapat dimilki dimana-mana kembara hidup sekalipun.Kerana Kasih Semerbak Firdausi kalian sungguh Berharga.Sungguh Istimewa.


....................................................................................................................................................................

insan istimewa...
melahirkan kami...
mendidik kami...
dengan penuh rela....
tanpa ragu...
tanpa rungut...
tanpa jemu.....
walau payah...
walau jalan berliku terpaksa kau tempuhi...
ibu,mama,mak,ummi,mummy.....
apa sahaja panggilannya...
Engkau lah insan mulia...                                                 
Insan terpilih....
memberikan kasih sayang...
tanpa balasan,,
tanpa ukuran....
kerana kasih mu "Semerbak Firdausi"