My Music

12/30/2009

Di Sepanjang Jalan Kenangan...2009


Assalamualaikum...entry kali ini mungkin yang paling panjang rasanya yang akan mieda tulis ( ye ke??)Di Sepanjang Jalan Kenangan 2009..^_^ semasa entry ini di tulis jam yang terdapat di lappy kesayangan mieda ini telah menunjukkan angka 12.00 malam..kirannya pada waktu ini tarikh juga telah bertukar kepada 31 disember 2009...ya betul2 di penghujung 2009..Terasa sayu untuk meninggalkan 2009 yang banyak menyimpan memori suka dan duka dalam kehidupan mieda sekeluarga,pada dunia sekeliling dan lebih peribadi kepada diri mieda sendiri,namun diri ini pasrah dan akur bahawa hidup ini perlu diterus kan...2010 tetap akan datang bersama harapan baru dalam kehidupan ini.Namun ape yang tercoret di sepanjamg perjalanan 2009 tetap kekal segar diigatan...Permulaan 2009 bermula dengan cukup indah dimana mieda menamat kan latihan amali atau praktikal di Hospital Kajang dengan jayanya (^_^) Alhamdulillah...walaupun padamulanya penempatan mieda ke Hospital Kajang mendapt protes dari diri ini sendiri...Tapi tu lah tidak kenal maka tidak cinta kata pepatah...disitu mieda banyak belajar perkara baru yang sememangnye amat mieda hargai tunjuk ajar dari mereka...ribuan terima kasih buat semua warga Jabatan Patologi Hospital Kajang..Terima kasih atas segalanya...






Berakhirnya praktikal di Hospital Kajang dalam keaadan diri ini sedang sibuk bergelut dengan menyiapkan tesis pada 15.febuari.2009 pada awl pagi ahad yang hening kamai sekeluarga dikejutkan dengan berita mengejut pemergian Arwah maklong...pemergian arwah mak long yang sangat mengejut itu amat memeberi kesan kepada seluruh ahli keluarga...lebih2 lagi mieda..boleh dikatakan kami sangat rapat...namun telah dijanji kan setiap yang hidup pasti merasai mati...Al-fathihah buat arwah mal long semoga rohnya ditempatkan disisi oarng2 beriman...amin..


Kehidupan dalam tahun 2009 diteruskan lagi...kali ini adalah berita yang sangat kami sekeluar nanti-nantikan..dimana kami sangat gembira menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga kami...pada 27.febuari.2009 along telah selmat melahirkan seorang puteri yang sangat comel...Alhamdulillah along selamat melahir kan puteri comel yang di beri nama "Ilhan"(cerdik dan memahami)...namun Ilhan ditahan di wad lebih lama kerana jaundis yang amat teruk dialamainya atau lebih dikenali sebgai prolog jaundis..tetapi Alhamdulillah Ilhan akhirnya sihat^_6 dan sekrang Ilhan bertambah2 sihat.....kini mieda sudah ada dua orang anak buah...^_^ seronok sangat2..Insyirah pada awal nya mungkin dia masih terlalu mentah untuk mengetahui yang dia kini adalah seorang kakak...tetapi pada ketika dan saat entry ini ditulis Insyirah mungkin lebih memahami ape itu maksud seorang kakak..^_^ Alhamdulillah..sekarang Ilhan telah berumur 9 bulan semoga Ilhan menjadi anak yang solehah dan mujahidah sejati InsyaAllah...



Disepanjang Jalan Kenagan 2009 ini juga mengimbau kembali..bagai mana kami sekeluarga terpaksa berulang alik ke kampung sebelah emak di Pahang kerana keaadaan wan yang snagat uzur akibat jangkitan demam chikgunya(betul ke aku eje ni??)...tetapi alhamdulillah wan sembuh akhirnya...Pada masa yang sama akingah(datuk sedare mieda) juga di jangkiti demam chikugunya ini....namun Allah lebih sayang kan aki ngah...dalam keaadaan diri yang uzur semasa hendak kebilik air aki ngah telah jatuh (berdasar kan diagnosis pada surat mati telah menunujukkan yang aki ngah telah mengalami pendarhan di keplanya)di bilik air...keaadaan yang serius ini telah meragut nyawa aki ngah namun kami redho keran ini janji Allah tiada sesiapa dapat menolak nya....ini adalah berita kematian kedua yang kami hadapi pada tahun ini..namum kami pasrah...arwah aki ngah tetap diigati lebih2 lagi arwah akan berjalan pada waktu pagi dengan tshirt pagoda putihnya dengan tangan kebelakang ^-^ dan berjalan sekeliling laman rumah kami..namun kini semuanya adalah kenangan yang akan tetap diingati...Al-fathihah..

Walaupun kami baru sahaja kehilangan arwah aki ngah dalam waktu yang terdekat perkahwinan pak ngah tetap harus di teruskan...walaubagaimanapun kami meraikannya dengan sungguh sederhana kerana menghormati pemergian arwah....namun kami tetap gembira menyambut kedatangan ahli baru dalam keluar imam mansor...welcome makngah welcome to our family(insyaAllh pada bulan 5 nanti mak ngah akan melahirkan bayi sulungnya heheh tahniah ^_^)....


Kemanisan  2009 diteruskan lagi heheh....kini adalah saat yang ditunggu-tunggu 13.julai .2009 menjadi tarikh keramat yang akan dikenang sampai bila2...setelah lebih kurang 3 tahun memerah otak (dasat je bunyi)akhirnya pada tarikh itu mieda telah mendapat segulung ijazah pada acara konvokesyen yang amat dinantikan dan akan dikenang smapai bila2...indah perasaan pada hari  itu tidak dapat digambarkan betapa seronoknya...hehehe ^_6..Terima kasih yang tidak terhingga buat semua tenaga pengajar di kolej ptptl shah alam iaitu yang teristemewa buat semua tenaga pengajar bagi DTMP...terima kasih kepada kalian sama ada yang mengajar atau pun tidak tetapi serba sedikit semuanya pernah mencurahkan ilimu buat mieda yang ketandusan ilmu ini...terima kasih semua...terima kasih jugak kepada admin ptpl yg very first claaaaaaaaasssssss =P hahahaahha jahat2...dan juga jangan lupe ye bayar hutang huhu surat sudah sampai ye hehehe..bayar jangan tak bayar...insyaAllah degree akan meyusul amin..


Kegembiraan ternyata tidak lama apabila diri ini disentap dengan berita yang paling sukar untuk diterima kerana terpaksa membatal kan hasrat ke mesir demi melajutkan pelajaran apabila terdapat2 masalah yang tidak masuk akal...tapi mieda redho kalau dah x de rezeki nak buat macam mane but still nak mencuba lagi hehehe insyaAllah doakan ye...amin..


Pada 14 ramadhan kami dikejutkan sekali lagi dengan berita pemrgian wan ngah...ahhhh berat sungguh ujian mu Ya Allah..tapi kami redho andai ini ketentuan mu....setelah hampir 3 bulan menanggung kerinduan terhadap arwah aki ngah yang telah pergi meninggalkan dunia ini...akhirnya wan nagh juga telah dijanjikan pergi mengikuti jejak aki ngah...setelah ematian aki ngah,,wan nagh menjadi org yang sangat pendiam wan ngah sangat terpukul dengan peristiwa itu..namun sudah dijanjikan yang mereka akan sehidup semati dimana kubur mereka juga bersebelahan Ya Allah sungguh besar pemberian mu Ya Allah..semoga roh mereka ditempat kan dikalangan org yang beriman....amin..



seterusnya disepanjang jalan kenangan 2009 diteruskan dengan kehadiran hari raya Aidilfitri...hari raya pada tahun ini meriah pun ade duka pun ade...meriah kerana kami menyambutnya dengan kedatangan orang baru iaitu ilhan...^_^...heheh dan yang dukanya kami baru je kehilangan banyak ahli keluarga rase macam hambar sedikit...lebih2 lagi ayah pulak terpakse bertugas sebagai siak di masjid jadi ayah tidak dpat bersama2 dengan kami di pagi raya..lepas sembahyang raya baru ayah balik...sedih first time tu ayah x de mase pagi raye sedih sebab rase pelik...dan tahun ni kami berpakaian sedondon dan walau pun kakak (insyirah) hampir x beraya dengan baju raya sebab baju araya kakak tidak disiapkan..hehe nasib la pagi2 raya org tutttttttt tu antar kan...hadoiii poning2 x mo antar kat org tuttttttttt tu lagi tamak halobe tapi bile nak siap kan macam siputtttttt...



Alhamdulillah pada tahun ini juga pokde telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya (umur setahun jerk lagi tua dr mieda??))))hehehe..semoga cepat2 kawin eh lupa pulak mereka insyaAllah akan diijab kabulkan pada bulan 3 tahun 2010 nanti...to mokde welcome2 hehe...


setelah beberape ketika menerima khabar yg duka....macam yang kita penah dengar dalam filem syurga cinta tu...ape ye lupe lak..hehehe tapi yang pasti pada bulan syawal tahun 2009 ini lah kembali menyaksikan kembali satu persatu pertemuan semula dengan rakan2 yang telah terpisah lama...sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..terima kasih Ya Allah kerana telah mengaturkan pertemuan ini...bermula di facebook kami mengatur petemuan ke rumah terbuka dirumah mieda sendiri(ada di ceritakan didalalm entry sebelum ini)...bertitik tolak dari situ kami lebih serius dalam mencari semula rakan2 lama yang telah lama terpisah dan merangcang mengadakan pertemuan semula....bukan mudah untuk mengumpulkan semuanya...terlalu banyak dugaan yang dihadapi..namun Alhamdulillah pada 17/11/09 tarikh itu menjadi saksi pertemuan semula kami semua..walaupun tidak dapat mengumpulkan semuanya tapi kami gembira dengan pertemuan itu...di harap pada tahun hadapan rancangan ke langkawi akan berjaya dan dapat mengumpulkan lebih ramai lagi..^_^insyaAllah...







Ternyata kegembiraan yang Allah berikan bukan sahaja sampai disitu...Alhamdulillah pada pertengahan bulan 12 2009 ini satu lagi pertemuan yang telah Allah janjikan..dimana sedihnya mieda sekali lagi diberi peluang bertemu denagn rakan2 mieda yang telah lama terpisah....seperti yang telah mieda cerita kan dalam entry yg lepas mieda telah mengadakan reunion dengan rakan2 semasa menuntut di sekolah sains islam tijarah...^_^ sebenarnay mieda tidak sangka akan bertemu kembali dengan mereka semua..entahla tidak pernah terlintas di hati ini akan dapat mencari mereka semula kerana kami benar2 lost contac....tetapi itu lah janji Allah...^_^.........




Ternyata 2009 ini adalah tahun yang meninggalkan banyak kenangan dalam diri mieda Alhamdulillah Ya Allh kerana telah mengurniakn nikmat kehidupan dalam diri hambamu ini...kini 2009 semakin menghampiri untuk melabuhkan tirainya...diharap tahun2 yang akan mendatang InsyaAllah mieda masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di bumiAllah ini...terima kasih Ya Allah...disepanjang kenangan 2009 mecoret memori indah yang sukar dilupakan kenangan pahit yang menjadi panduan...namun ku bersyukur diberinikmat kehidupan ini..selamat datang 2010....

No comments:

Post a Comment