My Music

5/18/2010

Aku Bukan Lah Apa-Apa....





Sesungguhnya aku bukanlah apa-apa
Kecuali apa yang telah Dia rahmatkan
Sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa
Kecuali yang apa yang telah Dia beritahukan
Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa
Kecuali apa yang telah Dia berikan
Hartaku, ragaku, ilmuku bahkan nyawaku
adalah milik dan pemberianNya
tanpa semuanya itu nescaya aku hanyalah,,,
aku hanya,,,
aku tak layak disebut hanya,
aku bukanlah apa-apa
bahkan bukanlah setitik debu di alam semesta yang luas.



Renungkanlah,,,menangis,,,
dan bersyukurlah,,,,,,,,
Renungkalah keranaNya,,,
Menangislah kerana sesungguhnya kamu bukanlah apa-apa
Menangislah kerana kamu tidak bererti apa-apa tanpaNya
dan bersyukurlah,,,,
Bersyukurlah kerana kamulah yang dikehendakiNya
Bersyukurlah kerana tanpa kehendak-Nya kamu takkan pernah ada
Menjadikan bumi in seperti di dalam syurga
Jika saat ini kamu sakit,,,
bersyukurlah,,,





Kerana dahulu Allah telah mengizinkanku menikmati sehat
Jika saat ini kamu miskin
bersyukurlah,,,
kerana dahulu Allah telah memanjakanmu dengan kekayaan
Jika saat ini kamu susah
bersyukurlah
kerana dahulu Allah telah membahagiakanmu dengan kemudaan
Bersyukurlah selalu akan kehadiran hari ini
Bersyukurlah selalu akan keindahan masa lalu
Dan berharaplah hanya kepada-Nya akan kebahagiaan yang akan datang kepadamu








Bersyukurlah selalu,,,selalu di setiap waktu akan segala nikmatnya,,,,
nescaya syukurmu takkan pernah dapat menghitung nikmat dan rahmatNya
Kerana ibadah lima ratus tahun tanpa henti pun hanya dapat menebus nikmat mata
Dan bersyukurlah selalu kerana kamu telah dikehendaki-Nya
diberi-Nya hidup, diizinkan untuk menikmati hidup kerana-Nya
dan amat disayangi dan dikasihi-Nya
Bersyukurlah kerana pada hakikatnya





Kamu Bukanlah apa-apa!!!

Aku Bukanlah apa-apa!!!

No comments:

Post a Comment