7/03/2010

Projek Budak Tadika...

Salam,

Tadi baru berkesempatan nak belek-belek + baca Surat khabar hari ni, biasnya surat khabar paberet dekat rumah nih Metro. Tu tajuk entry tu lah tajuk besar bagi surat khabar Metro Untuk Hari-hari cuti yang indah ni. Mule-mule baca macam tak paham ngeeee~~~~ igatkan ade budak kene rogol ke. hahahaha salah ye cik mieda, bila baca balik mak aiiii!!!!~~~ terkejutz giler!!! wah sungguh edvance la budak-budak sekarang lagi sedih baru umur 4 dan 5 tahun (dua-dua perempuan) tapi tak baik lak nak tulis macam nih hehehehe...ok sambung balik..perkara ni disedari dari mak salah seorang kanak-kanak perempuan tu, sebab terdengar bunyi "ghairah" dari dalam bilik...Stop dulu ambik nafas masing-masing. Kanak-kanak tersebut memberitahu mereka belajar dari seorang kanak-kanak lelaki yang juga merupakan jiran kanak-kanak perempuan itu.Mak budak perempuan ni pegi lah tanye budak lelaki tu Yang berusia 8 tahun, sure lah tak nak mengaku kan. berita lanjut bace kat sini


PANDANGAN PAKAR KANAK-KANAK.

"Kanak-kanak kebiasaannya tak mempunyai keinginan seksual apatah lagi memahami perlakuna seks. sebaliknya tingkah laku mereka merupakan pengulangan apa yang pernah dilihat atau pengalamna yang dilalui"
-Dr Yong Junina Fadzil-

Katanya lagi pada peringkat umur kanak-kanak perasaan ingin tahu sangat menebal dalam diri kanak-kanak, malah mereka mudah mengikut dan mempraktikkan apa sahaja yang dilihat atau diajar pada mereka.

Dalam kes ini juga Dr Junina mengatakan kita tidak wajat 100% menyalahkan kanak-kanak lelaki tersebut, kerana mungkin dia juga mengulangi apa yang dilihat atau dialami.




Credit: incik Google

PANDANGAN SAYA

Masa mula-mula baca dekat surat khabar pagi tadi memang nak marah jerk dekat budak lelaki tu. Tapi betul Jugak kata Dr tu mungkin budak lelaki tu pernah melihat atau mengalami perkara itu dan dia cuba mengulanginya kerana perasaan ingin mencuba yang terlalu sangat (hahahaha ayat sengal). Mungkin juga penjaga ada penjaga yang menonton video lucah (NAuzubillah) dan kanak-kanak tersebut turut menonton tanpa disedari.

Mungkin juga pengaruh dari Tv, sebab sekarang ni macam-macam chanel ade. Sebagai ibu bapa kita kena ambil inisiatif macam kalau yang ade Astri dekat rumah tu kan boleh Locked chanel yang rasa-rasanya tak patut untuk di tonton atau bila ibu bapa atau penjag tiada dirumah dan waktu malam ketika semua dah tido boleh locked chanel yang tertentu. Buka dengan pengawasan ibu bapa sahaja. Biasalah kanak-kanak nih perasaan ingin tahu tu bukan mian lagi ye lah pada usia tu lah dia orang baru nak belajar banyak benda baru.
Bukan bertujuan nak menyekat atau membantutkan pembesaran kanak-kanak tapi ada sestengah perkara perlu di pandang serius. Bagi tahu dengan betul kenapa sesuatu bende tu salah dan tak boleh buat, INGAT JANGAN SESEKALI MENIPU!!!!, cuba bagi jawapan yang terbaik untuk  mereka.

Kita sebagai orang dewasa jugak kena tunjuk contoh yang baik, abis kalau orang dewasa selambe jerk tunjuk contah yang CHAntek sangat buat bende tak senonoh depan khalayak ramai memang lah kanak-kanak ni senang nak mengikut contoh di depan mata.

Ape-ape jagalah anak-anak anda sebaik-baiknya, kita sekarang berada di zaman yang sungguh mencabar
memerlukan sedikit pengorbanan tapi kalau hasil yang kita dapat tu sesuatu yang Alhamdulillah baik apasalahnyakan.

*SemoGa Anak-Anak hari ini Bakal Menjadi Pejuang Agama, Bangasa Dan Negara    
  InsayaAllah!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment